Malas blogging!

Keadaan dah berubah. Kalau dulu aku rajin update blog. Kalau boleh, tiap-tiap hari nak update. Tapi sekarang......

.....ah! malasnya! (tengok la template pun tak pernah usik sejak ady create dulu)

Bukan masalah takde cerita, tapi terlalu banyak sangat cerita sampai pening nak pilih mana satu. Bila pening, kena makan panadol. Lepas makan panadol, ngantuk sampai tertido. Sebab tu tak update. Bijak tak alasan? Huehue (gelak ni ady ajar)

Takpe la. Malas nak cerita benda yang dah lepas, makanya kita tengok la cerita hari ni aje ok?

Untuk minggu ke-3, latihan komponen 1 malaysia sempena hari kebangsaan kali ni dibuat kat Stadium MBPJ.


Baru je beberapa minit start, hujan turun dengan lebatnya! terpaksa la kami berteduh sementara.......

Basah la stadium dicurah air hujan.

Latihan kembali bersambung lepas hujan berhenti.

Pihak urusetia bagi mask konon2 langkah kawal h1n1, tapi tak sampai 5 minit pakai dah koyak rabak. Ye la! mask kertas, berpeluh sikit koyak la....... (nasib baik aku dah beli siap2 kat farmasi sebelum bertolak)

Bukan tak mau bersyukur, tapi makanan kat dalam plastik tu memang tak sedap!

2 comments:

sharamli said...

awat mls lak..

lemon said...

kenapa malas2????haishhhh

Post a Comment

 
Hakcipta Terpelihara mokngok.blogspot.com © 2009 | Gubahan Oleh: SII | Paparan Terbaik: Firefox | Resolusi : 1024x768px